-Apabila bercerita tentang network, mestilah ia melibatkan cable untuk penyambungankan? so, nak bagitau la, sebenarnya ada banyak jenis cable yang digunakan dalam rangkaian, tetapi yang biasa digunakan ada 4 iaitu:-
1) Unshielded Twisted Pair
2) Shielded Twisted Pair
3) Coaxial Cable
4) Fiber Optic Cable
- Hari ini, kami buat pemasangan kabel UTP. So, apa yang diperlukan ialah:-
2) Shielded Twisted Pair
3) Coaxial Cable
4) Fiber Optic Cable
- Hari ini, kami buat pemasangan kabel UTP. So, apa yang diperlukan ialah:-
2 standard yang digunakan:- Electronic Industry Asosciation / Telecomunication Industry Association
Terdapat 2 jenis perkabelan yang diajar:
1) Straight through
- Digunakan di dalam rangkaian biasa yang menggunakan hub/switch
2) Cross over
- Point-to-point connection yang menghubungkan diantara dua pc secara terus tanpa menggunakan hub/switch.
Arahan: (Straight Tool)
- Gunakan kabel stripper untuk membuat potongan lapisan luar kabel UTP.
- Pastikan potongan dibuat dalam setengah inci.
- Pusingkan kabel stripper 360 darjah mengelilingi kabel tersebut.
- Buatkan dikedua-dua hujung kabel UTP.
- Uraikan pasangan-pasangan kabel ini.
- Pegang satu hujung kabel UTP menggunakan tangan kanan.
- Susun wayar-wayar mengikut warna dari bawah ke atas mengikut contoh gambarajah di bawah.
- Kemaskan susunan wayar tersebut.
- Potong hujung kesemua wayar untuk menyamakannya menggunakan cable stripper.
- Pegang RJ45 menggunakan tangan kanan anda dengan muka rata RJ45 menghadap anda.
- Masukkan wayar ke dalam RJ45 mengikut alur.
- Pastikan wayar yang masuk ke dalam RJ45 dimasukkan sampai hujung.
- Pastikan juga sedikit lapisan luar kabel UTP berada di dalam RJ45.
- Jangan "crimp" dahulu, pasangkan juga RJ45 pada hujung sebelah satu mengikut kaedah yang sama.
- Masukkan RJ45 yang telah dipasang kabel pada alat crimping.
- Perjhatikan susunan kabel sekali lagi sebelum "crimp"
- Pastikan pemasangan RJ45 pada kabel adalah kemas. Pastikan pemegang wayar pada RJ45 memegang kabel dengan kemas.
- Pastikan juga connector RJ45 mencucuk setiap kabel dengan sempurna.
- Buatkan kaedah yang sama untuk bahagian hujung kabel satu lagi.