It's me...Hidayah

Rangkaian (NETWORK)

Apa itu sistem rangkaian?
- Peralatan komputer yang dirangkaiankan antara satu sama lain dan mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain sama ada pada kawasan yang terhad maupun diserata dunia.
- Terbahagi kepada beberapa kategori Sistem Rangkaian:

1) LAN (Local Area Network) - LAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang kecil, iaitu pada radius 100meter ke 10km, tanpa penyambungan kepada syarikat telekomunikasi (ISP).

2) WAN (Wide Area Network) - WAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang LUAS, iaitu pada radius melebihi 10km, DENGAN penyambungan kepada syarikat telekomunikasi dan menggunakan PERANTARA (ROUTER).

3) MAN (Metropolitan Area Network) - MAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang LUAS, antara gabungan LAN dan WAN pada satu bandar kepada satu LAN dan WAN pada bandar yang lain dengan penyambungan kepada backbone yang dijanakan oleh syarikat telekomunikasi.

INTERNET
- merupakan satu jaringan rangkaian terbesar di dunia diman akesemua jaringan yang ada pada satu negara dirangkaikan kepada satu jaringan antarabangsa agar dapat berkomunikasi. Ini mungkin melibatkan keseluruhan LAN,WAN dan MAN di dunia.
- Dalam membentuk satu sistem rangkaian setempat, beberapa aspek perlu diambil kira, antaranya adalah pemilihan TOPOLOGY.
- Topology ialah bentuk fizikal sesebuah sistem rangkaian termasuklah medium peralatan dan konfigurasi.
- Terdapat 2 jenis topologi yang sering digunakan dalam membentuk LAN.

  • Ring Topology - Kesemua komputer disambungkan secara bulatan menggunakan T-Connector.
  • STAR Topology - Komputer-komputer disambung menggunakan hub atau switch.
- Topologi pula terdiri daripada beberapa aspek antaranya medium peralatan.
- Medium peralatan adalah peralatan yang digunakan dalam membangunkan satu-satu LAN.
- Antara peralatan yang diperlukan umpamanya ialah kad rangkaian, kabel UTP, Hub/Switch dan sebagainya.